Powered By Blogger

Monday, December 12, 2011

Membesar dengan mereka!



Korn

Slipknot

Harus aku akui di sini bahawa aku membesar dengan acuan-acuan muzik dari mereka ini. Slipknot dan Korn. Antara pioneer kepada genre Nu-metal , Metalcore. Mereka ini adalah pendorong kepada aku untuk mendengar muzik yang lebih berat dari yang mereka mainkan. 
Terbaik!

Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali: Pre-review!

Sebenarnya, 


Aku amat kecewa bila menerima satu panggilan telefon dari mamaku tempoh hari. "Mama dah beli buku Syed Husin!". "Dah beli? Okay!", jawab aku ringkas. Jauh di sudut hati, aku amat kecewa ya amat kerana dari awal buku itu diluncurkan di Petaling Jaya tempoh hari aku sudah memasang niat untuk mendapatkan buku itu dengan duit aku sendiri. Ini kerana aku geram kerana minit-minit terakhir aku terpaksa membatalkan niat aku ke upacara peluncuran buku itu kerana ada sedikit kesempitan kewangan. Tapi, tidak mengapa, asalkan buku itu ada. Sebuah memoir yang aku kira hebat kerana ianya adalah sebuah memoir dari sosok yang aku anggap hebat baik dari segi kepimpinan dan karismanya. Dan akan ku buat satu 'review' tentang buku itu kelak apabila selesai membaca. 


 Dan sekarang di muka surat 25!

Sunday, December 11, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Akhirnya, impian aku untuk mempunyai sebuah blog tercapai. Setelah sekian lama aku berfikir dan berfikir bilakah akan ada masa untuk menjadi seorang penulis tegar alam maya dan menjadi sebahagian dari arus perubahan negara bangsa Malaysia.


And today is the day!